Jumaat, 21 Disember 2012

Kari Daging


Bahan-bahannya:
 Ø  2 sudu ketumbar
 Ø  1 sudu jintan halus
 Ø  1 biji bawang merah
 Ø  4 ulas bawang putih
 Ø  10 biji lada kering
 Ø  1 inci halia
 Ø  5 sudu penuh serbuk kari
 Ø  Minyak masak (untuk tumis)
 Ø  1 batang kayu manis
 Ø  3 bunga lawang
 Ø  4 biji buah pelaga
 Ø  2 batang serai
 Ø  3 biji kentang
 Ø  500 gram daging (direbus dahulu)
 Ø  1 biji kelapa (jadikan santan pekat dan cair)
 Ø  Segenggam asam jawa (jadikan air)
 Ø  1 sudu garam
 Ø  4 tangkai daun kari

Cara-caranya:
 Ø  Ketumbar, jintan halus, bawang merah, bawang putih, lada kering, halia dan serbuk kari dikisar.
 Ø  Panaskan minyak.
 Ø  Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
 Ø  Masuk bahan yang dikisar tadi sampai masak (agak warna bertukar).
 Ø  Masukkan kentang dan daging.
 Ø  Masukkan santan cair dan air asam jawa.
 Ø  Setelah kentang lembut, masukkan santan pekat dan garam serta daun kari.